Skip to main content

Bola Sepak

Hidalgo kembali ke JDT, KL City sudah jumpa pengganti dari Sepanyol pernah main UECL?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruiz.jpg
Kuala Lumpur (KL) City terpaksa melupakan khidmat bekas bintang Sri Pahang, Manuel Hidalgo, yang kembali ke kelab asalnya berkuat kuasa serta merta.

Ia sekali gus, menamatkan tempoh pinjamannya bersama skuad Warga Kota itu dan kembali ke pangkuan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Meskipun sekadar beraksi dua perlawanan ketika menentang Imigresen dan Sabah, Hidalgo sempat membantu pasukan bimbingan Risto Vidakovic itu dengan mencetak satu gol dan satu bantuan jaringan.

Terdapat khabar angin mengatakan The City Boys dalam usaha menandatangani pemain tengah dari Sepanyol, Victor Ruiz, dalam masa terdekat sebelum jendelan perpindahan Liga Malaysia (Liga-M) ditutup.

 

Desas-desus itu dikatakan benar apabila tonggak berusia 31 tahun itu tidak mempunyai sebarang kelab sejak Februari lalu. 

Meninjau laman transfermarkt, Ruiz pernah beraksi untuk Al-Fayha dan Valencia B. Ketika bersama St. Gallen, dia merekodkan 142 penampilan dan menjaringkan 21 gol secara keseluruhan. 

Selain mewarnai Liga Pro Saudi, Ruiz juga meraih pengalaman bermain dalam Liga Persidangan Europa (UECL) dan Kelayakan Liga Europa (UEL), sebelum ini.

Namun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video