UCL
Heynckes: Ulreich alami 'sedikit kegagalan'
Jupp Heynckes menyifatkan kesilapan Sven Ulreich sebagai "sedikit kegagalan" selepas kesilapan penjaga gol itu menyaksikan Bayern Munich tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah.
Selepas ketinggalan 2-1 berdepan Real Madrid dalam perlawanan pertama separuh akhir di Jerman, Joshua Kimmich meletakkan Bayern di depan hanya pada minit ketiga aksi timbal balik di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Karim Benzema memastikan Madrid kembali di depan pada minit ke-10 dan hanya 21 saat selepas rehat, penyerang kelahiran Perancis itu memanfaatkan peluang mudah apabila Ulreich tergelincir ketika datang menangkap bola hantaran ke belakang daripada Corentin Tolisso.
Iklan
James Rodriguez kemudian menjaringkan gol dan meletakkan Bayern hanya memerlukan satu gol lagi untuk mara ke final di Kiev pada 26 Mei tetapi skuad Heynckes itu gagal mencari jalan berdepan pertahanan Madrid yang goyah untuk kali ketiga, kalah 4-3 secara agregat.
Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Heynckes berkata: "Ulreich ada sedikit kegagalan. Kami memberikan aksi bertaraf dunia, banyak bola sepak yang menarik, ia sangat memalukan kami tersingkir.
"Saya tidak pernah melihat Bayern bermain dengan baik dalam masa yang lama. Madrid melakukan serangan balas.
"Dengan kedua-dua perlawanan, kami jelas pasukan yang lebih baik, namun kami tidak dapat mencapai perlawanan akhir. Kami mendominasi, (penjaga gol Madrid, Keylor) Navas sangat hebat, terutama pada hujungnya.
"Kali ini ia kekal, saya tidak akan duduk di bangku simpanan lagi. Tetapi saya tidak menganggap perlawanan terakhir ini sebagai menyedihkan, ia satu pengalaman yang hebat," katanya.
Must-Watch Video