Skip to main content

Bola Sepak

Heynckes sedia manfaat kelemahan Real Madrid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juppheynckes-cropped_1smhzrixjaw8x17kzzkqn2elar.jpg
Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, berpandangan bahawa kelemahan Real Madrid boleh dimanfaatkan dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu, awal pagi esok.

Gergasi Bundesliga itu perlu membatalkan defisit 2-1 dalam aksi pertama jika mereka mahu menafikan hasrat tuan rumah untuk mara ke perlawanan akhir ketiga berturut-turut mereka.

Walaupun kelihatan berdepan ancaman menakutkan berdepan juara bertahan itu, Madrid pernah kalah 3-1 di tempat sendiri kepada Juventus dalam peringkat sebelum ini dan Bayern juga tewas 2-1 di tangan Madrid dalam aksi suku akhir pertama musim lalu.

Skuad Zinedine Zidane itu mempunyai kelebihan agregat dalam kedua-dua kejohanan tetapi Heynckes sedar tidak mustahil pasukannya kali ini boleh mengecewakan lawannya itu.

"Real Madrid tunjuk mereka mudah diserang (ketika menentng Juve) walaupun di laman sendiri. Mereka tidak terkalahkan walaupun dengan penampilan itu," katanya kepada wartawan.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar. Madrid begitu bahaya dalam perlawanan penting tetapi kami juga akan menjadi lawan yang sangat sukar.

"Kami telah berkembang dengan baik dan mempunyai sasaran penting yang kami mahu capai. Kami mahu melangkah ke final dan kami sedar Madrid akan melakukan apa yang mereka boleh untuk mengekang kami," katanya.

Bayern turun dengan keyakinan tinggi selepas meraih kemenangan 4-1 ke atas Eintracht Frankfurt dalam liga, di mana penyerang, Sandro Wagner, memulakan perlawanan dengan menjaringkan gol.

Walaupun pemain antarabangsa Jerman itu belum pasti akan bermain di depan Robert Lewandowski, Heynckes membayangkan kemungkinan kedua-dua pemain itu akan digandingkan jika perlu.

"Wagner bermain dengan baik (menentang Frankfurt). Dia menjaringkan gol, dia berfungsi, dia bergerak dengan baik dan boleh menjadi sebahagian daripada senjata kami sepanjang perlawanan," kata jurulatih veteran itu.

"Mungkin dia boleh datang nanti dan bermain bersama Lewandowski. Kita akan lihat."
 

Advertisement

Must Watch Video