Robert Lewandowski dan Cristiano Ronaldo mungkin dua pemain terbaik Eropah tetapi bagi pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes, mereka tidak dapat dibandingkan.
Bintang Real Madrid, Ronaldo, melonjak ke tangga teratas senarai penjaring Liga Juara-Juara dengan koleksi 15 gol, termasuk penalti terakhir menentang Juventus di peringkat suku akhir.
Lewandowski pula kurang produktif musim ini apabila menghasilkan lima gol di Eropah, namun dia memasuki pertemuan pertama separuh akhir dengan Madrid minggu ini dalam prestasi baik dengan meledak gol keenamnya dalam lima penampilan terakhirnya dalam semua pertandingan.
Kedua-dua pemain itu dijangka menjadi tajuk utama dalam dua perlawanan pada minggu-minggu akan datang, namun membandingkan mereka bukanlah sesuatu yang Heynckes sedia lakukan.
"Saya tidak fikir anda boleh membandingkan pemain-pemain ini," katanya.
"Robert Lewandowski merupakan seorang pemain yang gemar berada di depan gawang lawan, terutama dengan gerakannya di bahagian pertahanan. Dia selalu menyerang dan ini adalah salah satu kekuatan utama penggempur."
Heynckes menerangkan perbezaan di antara pemain antarabangsa Portugal itu dan anak buahnya dari Poland sambil memuji persembahan Ronaldo baru-baru ini.
"Cristiano Ronaldo merupakan pemain yang sering bermain di sebelah kiri dan bergerak di antara barisan (pertahanan dan tengah)," tambahnya.
"Apa yang dilakukannya cukup cemerlang -- terutama akhir-akhir ini, bahkan sepanjang kariernya -- dia mempunyai naluri yang baik untuk memanfaatkan peluang di kedudukan tengah dan di depan gawang lawan.
"Bagaimanapun, anda boleh menjadikan pertemuan Selasa lalu sebagai contoh: purata gol Lewandowski sangat bagus. Dia menjaringkan dua gol awal ketika membenam Bayern Leverkusen 6-2, Selasa lalu," kata Heynckes.
Kedua-dua bintang itu akan berentap di Allianz Arena pada awal pagi Khamis ini sebelum aksi timbal balik di Santiago Bernabeu minggu depan.