UCL
Heynckes: Bayern hadiahkan Real Madrid dua gol
Jurulatih Bayern Munich, Jupp Heynckes, berasakan pasukannya memberi peluang kepada Real Madrid untuk melakar kemenangan 2-1 dalam pertembungan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Selepas Joshua Kimmich meletakkan Bayern di depan di Allianz Arena, gol daripada Marcelo dan Marco Asensio menyaksikan juara bertahan dua kali, Madrid, meraih kemenangan.
Heynckes meratapi sambil mengakui ketidakupayaan pasukannya untuk memanfaatkan peluang lalu memaksa mereka untuk berusaha keras dalam aksi timbal balik minggu depan.
Iklan
"Kami memberikan dua gol kepada Real Madrid dengan kesilapan yang jelas," katanya kepada ZDF.
"Kami terlepas beberapa peluang dan tidak mengambil kesempatan, jadi tidak hairanlah kami tewas."
Bayern melancarkan lebih banyak percubaan dan mendominasi permainan, begitupun mereka menghadapi tugas besar menuju ke Santiago Bernabeu.
Heynckes percaya peluang yang dicipta oleh pasukannya memberi mereka harapan untuk menjangkau perlawanan akhir.
"Pasukan ini mencipta banyak peluang ketika berdepan Madrid," katanya.
"Kami tidak akan kehilangan apa-apa di Madrid dan kami boleh bermain bebas di sana."
Bayern bergelut dengan krisis kecederaan yang membelenggu Arjen Robben, Jerome Boateng dan Javi Martinez.
Heynckes mengharapkan kehadiran semula Robben dan Martinez sementara Boateng hampir pasti diketepikan kerana kecederaan hamstring.
Must-Watch Video