Skip to main content

Bola Sepak

Heynckes: Baiki permainan jika mahu juarai UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heynckes.jpg
Jupp Heynckes menegaskan Bayern Munich perlu memperbaiki persembahan jika mahu menjuarai Liga Juara-Juara (UCL, walaupun kini selangkah lagi untuk mara ke separuh akhir selepas mencipta kemenangan 2-1 ke atas Sevilla, awal pagi tadi.

Gergasi Bundesliga itu bergelut untuk mendapatkan rentak permainan dalam aksi suku akhir pertama dan ketinggalan pada minit ke-32 selepas Pablo Sarabia membuka jaringan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

Bagaimanapun, mereka dihadiahkan gol sendiri lima minit kemudian apabila Jesus Navas tertampan masuk hantara Franck Ribery ke gawang sendiri.

Tuah sekali lagi hadir buat Bayern selepas tandukan Thiago Alcantara yang terkena Sergio Escudero memberikan kemenangan kepada mereka tetapi Heynckes menjangkakan aksi yang lebih baik daripada pemain-pemainnya.

"Kami hilang bola terlalu kerap dan gagal mengawal permainan di bahagian tengah, memberikan ruang kepada Sevilla mencipta jaringan," katanya.

"Kami memperbaiki permainan pada separuh masa kedua dan akhirnya berjaya mencipta kemenangan.

"Secara psikologinya, gol penyamaan telah membantu pasukan untuk terus kekal dalam perlawanan ini walaupun ia hadir seperti tuah kepada kami. Tetapi jika kami mahu menang UCL, kami perlu pertingkatkan mutu permainan," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video