Heung-min akhirnya bersuara, minta peminat maafkan Kang-in
Ammar Hakim
Februari 21, 2024 10:55 MYT
Februari 21, 2024 10:55 MYT
Tottenham Hotspur dan kapten pasukan kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min, akhirnya menjernihkan situasi mengenai pertelingkahan ketika saingan Piala Asia antara dia dan pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in malah menyeru peminat untuk menerima bahawa pemain muda itu telah meminta maaf dan memaafkannya.
“Helo, ini Son Heung-min,” tulis Son dalam catatan di akaun Instagram peribadinya.
“Saya akan bercakap tentang sesuatu yang berat dan sukar hari ini. Kang-in dengan ikhlas mengimbas semula kelakuannya dan memohon maaf kepada setiap ahli pasukan kebangsaan, termasuk saya.
“Saya juga melakukan banyak kesilapan ketika masih muda dan mempamerkan tingkah laku buruk, dan saya fikir berada di tempat saya sekarang berkat nasihat dan bimbingan keras pemain senior yang baik.
Son Heung-min posted on Instagram that he had reconciled with Lee Kang-in and asked people not to criticize Lee any more. pic.twitter.com/3SyOOsA4UL
— Korea Football News (@KORFootballNews) February 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sebagai ahli pasukan kebangsaan dan juga sebagai kapten, kami semua akan sentiasa membantu [Lee], supaya dia tidak melakukan kesalahan seperti ini lagi dan menjadi orang dan pemain yang lebih baik.
“Saya juga tidak fikir tindakan saya itu betul, dan saya patut dikritik kerana itu. Tetapi oleh kerana saya fikir melakukan sesuatu yang tidak diingini adalah salah satu tugas kapsyen, saya juga akan mengambil tindakan untuk pasukan walaupun ia bermakna saya menghadapi situasi [semacam] itu.
“Tetapi saya akan berusaha untuk memimpin pasukan dengan lebih bijak mulai sekarang.
“Kang-in melewati masa yang sukar sejak kejadian itu. Saya memohon supaya semua memaafkan dia sekali dengan hati yang murah hati. Saya mohon kepada anda sebagai kapten pasukan kebangsaan.”
Kedua-dua pemain itu terlibat dalam pertengkaran di Piala Asia selepas Kang-in dan sekumpulan pemain muda meninggalkan makan malam untuk pergi bermain pingpong. Heung-min meminta mereka kembali ke majlis makan malam pasukan dan kejadian itu dilaporkan bertukar menjadi lebih serius.
Sejak laporan mengenai insiden itu mula-mula didedahkan minggu lalu, Kang-in telah berdepan dengan kritikan kuat daripada kalangan peminat, terdapat protes terhadap pemain tersebut dan juga gesaan untuk memboikot jenama yang mempunyai perjanjian penajaan dengannya.