Renard, yang masih memiliki kontrak dengan Arab Saudi sehingga 2027, akan mengambil alih pasukan wanita Perancis menjelang saingan Piala Dunia di Australia dan New Zealand pada Julai depan.
Jurulatih berusia 54 tahun itu, yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika sebanyak dua kali, akan menggantikan tempat Corinne Diacre sebagai jurulatih Les Bleues.
Renard mula melatih Arab Saudi pada 2019 dan berhasil membawa pasukannya menyertai pusingan akhir Piala Dunia sebanyak dua kali berturut-turut selain turut menjadi jurulatih import yang merekodkan kemenangan terbanyak dalam sejarah negara itu.
Dia mengemudi Arab Saudi menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Qatar sebelum tersingkir selepas tewas kepada Poland dan Mexico.
#VIDEO: @Herve_Renard_HR thanks fans, supporters and the #Saudi government during his four-year tenure as coach of the @SaudiNT, says it was ‘never easy to take this kind of decision’ https://t.co/5myEdn3Ot5 pic.twitter.com/HOKkqNKF9d
— Arab News | Sport (@ArabNewsSport) March 29, 2023