Pemain tengah Manchester United, Ander Herrera, mendedikasikan kemenangan dalam final Liga Europa untuk semua mangsa serangan pengganas di Manchester Arena minggu ini serta semua warga Manchester.
Bandar Manchester dikejutkan dengan serangan pengganas sewaktu konsert bintang Amerika Syarikat, Ariana Grande, sedang berlangsung yang menyebebkan 22 orang terkorban dan berpuluh mangsa yang cedera.
Advertisement
Herrera yang tewas dalam final sama empat tahun lalu, turut terkesan dengan insiden yang berlaku.
“Kami sangat gembira memenangi trofi Eropah,” kata Herrera.
“Saya tewas dalam final empat tahun lalu (ketika bersama Athletic Bilbao), jadi saya mahu dedikasikan trofi ini buat semua mangsa,” jelasnya.
Manchester United meraih trofi ketiga musim ini selepas menewaskan kelab Belanda, AFC Ajax, 2-0 hasil jaringan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan dalam aksi di Stadium Friends Arena dan Herrera sendiri telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.