Skip to main content

Bola Sepak

Hernandez inspirasi kemenangan Milan ke atas Venezia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

theo-hernandez.jpg
AC MILAN 2 VENEZIA 0

AC Milan kini terikat 13 mata dengan pendahulu Serie A, Inter Milan, selepas pemain gantian, Theo Hernandez, menjadi pencetus kemenangan 2-0 ke atas Venezia di San Siro awal pagi tadi.

Skuad  bimbingan Stefano Pioli itu merombak pasukan selepas terikat dengan Juventus hujung minggu lalu dan skuad Rossoneri berkenaan mempamerkan aksi yang agak mengecewakan sehinggalah Hernandez mencetuskan jaringan pembukaan yang disudahkan Brahim Diaz pada pertengahan babak kedua.

Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan percubaan tepat sehinggalah Diaz memecahkan kebuntuan itu dengan melepaskan rembatan voli dari jarak dekat.

Hernandez kemudian muncul penjaring kedua pasukannya, sekali gus memastikan pungutan tiga mata penting buat Milan.

Ia merupakan kemenangan keempat Milan daripada lima perlawanan pertama musim ini dan mereka masih mampu mengekalkan rekod tanpa kalah biarpun dibelenggu masalah kecederaan pemain.
 
 

Advertisement

Must Watch Video