Skip to main content

Bola Sepak

Hernandez ikrar ikut jejak Marcelo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

theo-hernandez-110717.jpg
Theo Hernandez mahu belajar daripada model peranan, Marcelo, selepas melengkapkan perpindahannya dari Atletico Madrid ke seteru ketat LaLiga, Real Madrid.

Pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak selama enam tahun untuk menyertai Real dengan perpindahan bernilai EUR24 juta (RM117 juta), manakala abangnya kekal mewakili Atleti. 

Hernandez berkata peluang untuk belajar daripada pemain Brazil itu adalah antara pendorong untuk dia membuat keputusan ke Santiago Bernabeu.

"Dia pemain sayap pertahanan terbaik di dunia dan saya akan terus berusaha keras untuk mengikuti teladannya dan mendapat sedikit peluang untuk beraksi," kata Hernandez dalam majlis pengenalannya. 

"Semua pemain akan memainkan peranan sebagai model peranan kerana berpengalaman luas. Saya akan cuba mencontohi Marcelo dan meningkatkan prestasi setiap hari di sampingnya.

"Dia adalah pemain contoh dan saya mahu menjadi pemain sayap pertahanan terbaik di dunia suatu hari nanti."

Presiden Madrid, Florentino Perez, mempersendakan Barcelona dengan berkata kelabnya berjaya mengatasi beberapa kelab-kelab utama untuk mendapatkan Hernandez. 

"Anda datang ke sini untuk mempertahankan lambang ini biarpun kelab-kelab besar Eropah memburu anda," kata Perez.

"Komitmen anda dan keyakinan kuat anda adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh semua orang di Real Madrid.

"Anda membuat kemunculan pertama LaLiga pada musim lalu dan membuktikan memiliki potensi, kualiti, cita-cita, kekuatan dan keazaman untuk beraksi bersama Real Madrid. 

"Kami yakin anda akan menjulang banyak trofi sepanjang anda di sini. Pada hari ini, anda berada di tempat yang dihajati dan pengalaman sebagai pemain Real Madrid menanti anda."


 

Advertisement

Must Watch Video