Pemain tengah Al-Ettifaq, Jordan Henderson, telah disenaraikan dalam skuad England pimpinan Gareth Southgate untuk perlawanan akan datang menentang Ukraine dan Scotland, namun Raheem Sterling antara nama pemain berpengalaman bersama The Three Lions.
Perjalanan ke Kejohanan Eropah musim panas akan datang diteruskan dengan perlawanan kelayakan menentang Ukraine di Poland pada 9 September, sebelum bermain dalam aksi persahabatan di Scotland tiga hari kemudian.
Southgate sebahagian besarnya kekal dengan pendirian menguji barisan pemain susulan menyenaraikan skuad 26 pemain bagi aksi antarabangsa kali ini.
Perpindahan naib kapten England, Henderson, ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq menimbulkan persoalan menjelang Euro, manakala bekas kapten Manchester United, Harry Maguire dan pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips masih belum bermain seminit dalam saingan kelab musim ini.
Pemenang Kejuaraan Eropah Bawah 21, Levi Colwill, menerima panggilan rasmi pertamanya dan penyerang Arsenal, Eddie Nketiah juga turut dipanggil.
Tiada tempat untuk penyerang Chelsea, Sterling walaupun mempamerkan permulaan musim yang kukuh.
Bercakap selepas mengumumkan skuadnya, Southgate berkata mengenai kemasukan Maguire: “Kami telah kehilangan banyak pemain berpengalaman di bahagian tengah, kami memberi beberapa pemain yang kurang berpengalaman peluang untuk masuk ke dalam skuad tetapi malangnya ia kelihatan seperti Tyrone (Mings) diketepikan sepanjang musim (John) Stones masih cedera, Eric Dier tidak berada dalam skuad Tottenham.
“Terdapat peluang dalam dua perlawanan ini dan saya berasakan ia adalah medan menguji kualiti pemain yang sedia ada."

Your #ThreeLions squad for September camp! ?
— England (@England) August 31, 2023