Jordan Henderson memuji reaksi Liverpool terhadap kepincangan mereka kebelakangan ini menerusi kemenangan tipis 3-2 ke atas kelab bergelut Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengenepikan aksi mendebarkan yang merangkumi lima gol di Anfield, malam tadi, walaupun dua kali kelebihan mereka melalui sentuhan Diogo Jota dipadamkan oleh ledakan Neco Williams dan Morgan Gibbs-White.
Mujur gol Mohamed Salah pada minit ke-70 menjadi pemisah kedua-dua pasukan di mana tuan rumah dua kali terperangkap oleh lontaran ke dalam yang jauh ketika mereka mencipta rentetan kemenangan itu.
Walaupun mengakui masih terdapat banyak ruang untuk diperbaiki, Henderson berpuas hati dengan karakter yang ditonjolkan rakan sepasukannya.
“Perkara yang bagusnya ialah kami terus berjuang, bukan sekali malah dua kali.
"Kami terpaksa melawan dan memburu gol kemenangan jadi ia pastinya sesuatu yang positif,” kata kapten The Reds itu kepada Sky Sports.
“Tetapi sudah pasti kami tidak sepatutnya berada di kedudukan ini berdasarkan pengalaman di atas padang.
"Kami menjadikannya lebih sukar untuk diri sendiri. Kami patut dapat mematahkan lontaran ke dalam itu dengan lebih baik dan melepaskan kelebihan dua adalah sesuatu yang kami perlu usahakan.
“Tetapi secara keseluruhan, saya gembira dengan reaksi terhadap halangan ini dan masih muncul pemenang.
"Kami sedar mengenai tahap pertembungan dan kami perlu bersabar dengan bola, tunggu peluang yang sesuai."

A fantastic achievement, boss ❤️
— Liverpool FC (@LFC) April 22, 2023
In elite company as he makes it ? league wins at Anfield in 144 games ? pic.twitter.com/LlfiRwnWwL