Pemain kebangsaan England, Jordan Henderson, berkongsikan telah melalui 'detik sukar' ketika meninggalkan Liverpool selepas 12 tahun bersama pasukannya itu untuk berkelana ke Liga Arab Saudi.
Dia menyertai Al-Ettifaq pada 2023 selama enam bulan sebelum menyertai Ajax dan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Brentford ketika ini.
"Saya tidak menipu, sejak beberapa tahun lalu saya melalui detik-detik yang sukar, saya berasa seperti terpisah selepas meninggalkan Liverpool.
"Saya berada di sana untuk jangka masa yang lama, 12 tahun. Sudah tentu saya tidak sempurna dan pernah melakukan kesilapan.
"Saya fikir ia tempoh yang sukar tetapi dalam masa yang lama keadaaan berubah, anda teruskan tetapi saya akan mengatakan ia mungkin detik yang sukar."katanya.
Pemain berusia 35 tahun itu dipanggil kembali menyertai skuad The Three Lions dibawah kendalian Thomas Tuchel bagi perlawanan persabahatan berdepan Wales dan aksi peringkat Kumpulan K, Kelayakan Piala Dunia 2026 lawan Latvia.
Untuk rekod, Henderson telah mengumpul 85 kaps sepanjang bersama England sejak kali pertama dia membuat debut ketika menentang Perancis pada 2010.
Klik Sini

Jordan Henderson says he has had "tough moments" since leaving Liverpool for Saudi Arabia and could "have made different decisions". pic.twitter.com/HWPWC7Kznj
— BBC Sport (@BBCSport) October 7, 2025
"Saya tidak menipu, sejak beberapa tahun lalu saya melalui detik-detik yang sukar, saya berasa seperti terpisah selepas meninggalkan Liverpool.
"Saya berada di sana untuk jangka masa yang lama, 12 tahun. Sudah tentu saya tidak sempurna dan pernah melakukan kesilapan.
"Saya fikir ia tempoh yang sukar tetapi dalam masa yang lama keadaaan berubah, anda teruskan tetapi saya akan mengatakan ia mungkin detik yang sukar."katanya.
Pemain berusia 35 tahun itu dipanggil kembali menyertai skuad The Three Lions dibawah kendalian Thomas Tuchel bagi perlawanan persabahatan berdepan Wales dan aksi peringkat Kumpulan K, Kelayakan Piala Dunia 2026 lawan Latvia.
Untuk rekod, Henderson telah mengumpul 85 kaps sepanjang bersama England sejak kali pertama dia membuat debut ketika menentang Perancis pada 2010.

Bersama Dalam Solidariti
Enamel pin Palestine ni simbol kecil dengan makna besar — tanda solidariti & harapan.
Klik Sini