Skip to main content

Bola Sepak

Hector Hevel sudah lapor diri, dua lagi dalam perjalanan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hevel.jpg
Arkitek baru Harimau Malaya, Hector Hevel, dilihat sudah menjalani sesi latihan fasa ketiga bersama kem Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Khidmat pemain berusia 29 tahun itu dijangkakan dipertaruhkan bagi memperkuatkan skuad kendalian Peter Cklamovski yang akan berdepan Cape Verde dalam perlawanan persahabatan secara tertutup dan dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam, Selasa depan.

Hevel membuka akaun jaringan pertama dalam debut antarabangsanya bersama skuad kebangsaan ketika menewaskan Nepal 2-0 pada Mac lalu.





Dalam pada itu, calon penyerang warisan baru skuad negara iaitu Rodrigo Holgado juga memberikan bayangan seakan dalam perjalanan menuju ke Malaysia selepas dia dilihat berada dalam pesawat.

Malah, Jon Irazabal juga dilihat sudah berada di lapangan terbang dengan proses pendokumentasian pemain pertahanan Sabah FK itu difahamkan sudah selesai untuk menyertai kem bola sepak negara.

   

Advertisement

Must Watch Video