Hector Bidoglio bakal kembali kendali JDT?

Ammar Hakim
Disember 29, 2023 11:34 MYT
Hector Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.
Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.
Turut mengikuti Solari adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero daripada staf kejurulatihan.
Berdasarkan maklumat yang baru diperoleh, nama bekas pengendali JDT, Hector, kini dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan.

Hector Bidoglio dikaitkan kembali membimbing JDT ketika difahamkan kelab nombor 1 Liga Malaysia itu turut mengenalpasti calon lebih berprofil tinggi untuk membawa pasukan musim depan. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/h2Am78y37U

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023
#liga super #JDT #ACL #Bolasepak #DemiLigaKita #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia