Skip to main content

Bola Sepak

Haziq Nadzli sandaran utama Perak tangguh bunga api di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haziq-nadzli.jpg
Perak menerima tonik tambahan untuk percubaan menangguh pesta kejuaraan Liga Super ke-11 berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila penjaga gol utama, Haziq Nadzli, mendapat lampu hijau diturunkan bertemu bekas pasukannya itu, malam ini. 

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, ketua jurulatih, Yusri Che Lah, percaya kehadiran Haziq mampu menguatkan benteng akhir pasukan walaupun mengakui Harimau Selatan sukar kepatahan taring di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). 

Ini bermakna, Haziq seolah tidak lagi memegang status pemain pinjaman daripada JDT. 






Untuk rekod, penjaga gol kebangsaan itu tidak beraksi ketika pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan pada November tahun lalu yang berkesudahan 5-0 memihak Harimau Selatan itu sambil Sang Seladang mempertaruhkan Ramadhan Hamid di depan gawang.

"Saya rasa ini perlawanan pertamanya di SSI.

"Ini peluang untuk bangkit dan mewakili pasukan kebangsaan seandainya terus menunjukkan prestasi baik sepertimana ketika di Kuching. 

"Dia menidakkan segala-galanya peluang yang dimiliki pihak lawan. 

"Dia harus buktikan betapa bagusnya seandainya 10 rakan lain gagal menyekat JDT," katanya Nadi Arena sebentar tadi. 

Begitupun, pertembungan kali ini dijangka berbeza dengan keazaman tinggi tuan rumah untuk menghadirkan tentangan kepada lawan.


 



"Kami tidak hadir dengan cabaran mudah. 

"Kami akan cuba sebaik mungkin dengan Clayton akan menjalani penggantungan sementara tujuh pemain yang mengumpul dua kad kuning perlu dipertimbangkan. 

"JDT hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan. Sebolehnya kami cuba sehabis baik untuk tunda selama yang mampu," katanya lagi. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video