Real Madrid mengesahkan Eden Hazard kembali dihimpit satu lagi kecederaan otot.
Bintang Belgium itu berdepan masalah di otot kaki kirinya selepas dilaporkan gagal melengkapkan latihan semalam.
Pada awalnya kecederaan itu dianggap sebagai gejala kelesuan otot, tetapi pemeriksaan lanjut mendapati bekas penyerang Chelsea itu mengalami kecederaan yang lebih serius.
Menurut laporan di Sepanyol, Hazard tidak akan dapat diturunkan dalam tempoh enam minggu, lantas menyisihkannya untuk pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) dengan Atalanta pada 24 Februari depan selain dalam keraguan untuk kembali beraksi dalam aksi timbal balik pada Mac 16 depan.
Hazard terus dibelenggu masalah kecergasan sejak tiba di Madrid dengan perpindahan €100 juta (RM487.8j) daripada Chelsea pada 2019.
Pemain berusia 30 tahun itu terpaksa diketepikan selama sebulan pada hujung September lalu dan sekali lagi berdepan hampir sama, dua bulan kemudian, gara-gara masalah otot.
Dalam tempoh itu juga, dia dijangkiti COVID-19.
Selepas dua musim dalam LaLiga, Hazard sekadar membuat 20 kemunculan dalam barisan utama apabila enam daripadanya dalam kesempatan musim ini dengan menyumbangkan tiga gol.
Bahkan, dia gagal melengkapkan sebarang perlawanan musim ini.
Madrid, yang berada di tangga ketiga LaLiga dan 10 mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, yang berkelebihan satu perlawanan, akan menghadapi Huesca Sabtu ini.

? @SergioRamos
— Real Madrid C.F. (@realmadrid) February 3, 2021
? @MarceloM12
? @thibautcourtois
? @marcoasensio10 #RMCity | #HalaMadrid pic.twitter.com/8M2dV50EOH