LAZIO 5 STEAUA BUCHAREST 1
Jaringan hatrik penyerang Itali, Ciro Immobile, membantu Lazio bangkit daripada ketinggalan 1-0 dalam perlawanan pertama untuk membelasah Steaua Bucharest 5-1 dalam aksi kedua pusingan 32 Liga Europa di Stadium Olimpico, awal pagi tadi.
Lazio yang dikendalikan oleh Simone Inzaghi tewas dalam aksi pertama di Arena Nationala minggu lalu, membuatkan skuad Biancocelesti berdepan tugas berat di laman sendiri.
Misi itu pantas disahut Immobile yang hanya memerlukan tujuh minit untuk menjadikan kedudukan 1-0 selepas tenang mendada bola hantaran Senad Lulic sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat untuk memberi sedikit kelegaan buat Inzaghi.
Kemasukan pertahanan, Bastos, yang menggantikan Martin Caceres akibat kecederaan selepas 26 minit, pantas memberi impak buat tuan rumah apabila menambah gol kedua menerusi tandukan, sembilan minit kemudian.
Tiga minit sebelum wisel separuh masa pertama ditiup, Immobile menggandakan jaringan peribadinya untuk menjadikan kedudukan 3-0 selepas menerima umpanan pemain sayap, Felipe Anderson, dari sebelah kiri, sekali gus memberikan pendahuluan selesa buat Lazio.
Bersambung babak kedua, giliran Anderson untuk meletakkan nama dalam senarai penjaring ketika permainan berusia enam minit apabila pemain dari Brazil itu melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol pelawat, Thomas Strakosha.
Immobile melengkapkan pesta gol Lazio menerusi hatrik pada minit ke-71 apabila menyambut bola hantaran Anderson dan memperdayakan Junior Morais serta Strakosha sebelum mudah menolak masuk bagi menjadikan kedudukan 5-0.
Gol sagu hati Steaua diraih menerusi Harlem-Eddy Gnohere pada minit ke-82, namun segalanya sudah terlambat untuk menafikan kemenangan 5-2 Lazio menerusi agregat.
Wakil Itali yang turut mengiringi Lazio ke pusingan 16 Liga Europa adalah AC Milan selepas menundukkan Ludogorets 4-0 menerusi agregat sementara laluan Atalanta disekat oleh Borussia Dortmund.