Hassan Sunny sambut Hari Raya Aidiladha bersama peminat di Shanghai
Shaiful Shamsudin
Jun 17, 2024 13:42 MYT
Jun 17, 2024 13:42 MYT
Penjaga Singapura, Hassan Sunny, menerima status selebriti daripada peminat di China ketika menyambut Hari Raya Aidiladha di Shanghai.
Hassan diangkat sebagai wira China selepas dia menafikan 11 percubaan terbaik Thailand, sekali gus membuka laluan kepada skuad Tembok Besar itu untuk mengesahkan tempat kedua Kumpulan C di belakang Korea Selatan.
Hassan yang sememangnya berhasrat menghabiskan percutiaan di China telah diundang untuk melawat tiga kompleks membeli belah milik CapitaLand di Shanghai termasuk menyertai beberapa acara dengan peminat, malah dia juga sempat menghidang nasi lemak di sana.
Ketangkasan pemain Albirex Niigata Singapura berusia 40 tahun itu bukan sahaja dipuji, malah peminat China telah memberikannya duit menerusi kod QR restoran miliknya, Dapur Sunny, tular.