Hassan Sunny rayu peminat China henti beri duit sagu hati
Shaiful Shamsudin
Jun 16, 2024 13:08 MYT
Jun 16, 2024 13:08 MYT
Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny, berhasrat mendermakan wang yang diterimanya daripada penyokong bola sepak China.
Penjaga gol berusia 40 tahun itu menerima sambutan hangat daripada peminat Tembok Besar selepas 11 penyelamatannya ketika mengekang asakan Thailand pada minggu lalu telah membuka laluan kepada China untuk menghidupkan kembali peluang ke pusingan akhir Piala Asia 2027.
Malah, timbul khabar angin bahawa penyokong China telah melakukan pemindahan wang di atas talian berjumlah S$5.8 juta (RM20.2j) sejurus kod QR restorannya, Dapur Hassan, menjadi tular.
"Saya akan dermakan wang berkenaan.
"Apabila ada menerima apa yang bukan milik anda, maka anda harus mendermakannnya," jelas tonggak Albirex Niigata yang berpangkalan di Singapura itu.