Manchester United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baru setelah mencapai persetujuan dengan bekas kelabnya, Newcastle United.
Pada Februari lalu, Ashworth memberitahu Newcastle bahawa dia ingin berpindah ke Old Trafford dan direhatkan sementara waktu tatkala kedua-dua kelab berusaha menyelesaikan perjanjian itu.
Ashworth –- yang pernah memegang jawatan dalam Persatuan Bolasepak dan Brighton & Hove Albion -- dilaporkan sanggup mengheret Newcastle ke mahkamah untuk merealisasikan perpindahan itu, namun mereka telah pun mencapai kata sepakat.
Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan peluang menangi hadiah sepanjang musim di sini.
Stadium Astro
Tue Jul 02 2024