Rekod bersih The President Warriors (TPW) dalam saingan Kumpulan A, Piala Presiden, berakhir apabila kalah 0-1 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, petang semalam.
Kelantan yang turun dengan misi untuk memungut tiga mata sambil merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Kedah, bagaimanapun mendapati barisan pemain The Cops cukup liat untuk dikalahkan dan terpaksa menerima hakikat kekalahan pertama mereka dalam 12 perlawanan liga.
Ketua jurulatih TPW, Hashim Mustapha, mengakui kegagalan jentera serangannya menyudahkan beberapa peluang terhidang menjadi punca kekalahan pertama di gelanggang sendiri musim ini.
“Saya terima hakikat kekalahan pertama Kelantan musim ini. Biarpun agak pedih kerana kalah di tempat sendiri, saya harap ia menjadi pengajaran untuk kami bangkit dalam perlawanan seterusnya.
“Kegagalan barisan penyerang menyempurnakan beberapa peluang keemasan juga menyumbang kepada kekalahan pertama kami.
"Sepakan percuma juga tidak menjadi. Jika, Muslim (Kamaruddin) berjaya menjaringkan gol pada minit ke-18, sudah pasti keputusan perlawanan akan berbeza. Pemain kena mandi bunga nampaknya,” katanya.
Hashim juga menyifatkan ketiadaan pertahanan kiri kental, Mohd Azwan Aripin, yang digantung satu perlawanan juga merencatkan strategi permainan yang telah dirancang.
“Kekuatan kami agak terjejas apabila Azwan digantung satu perlawanan. Begitu juga, kami tidak dapat menurunkan pemain tengah, Mohd Aiman Shakir (Mohd Hashim), akibat kecederaan.
“Bagaimanapun, saya cukup berpuas hati dengan persembahan Muhammad Shaipul Alias, pemain yang baharu didaftarkan yang cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan rakan,” katanya.
Dalam aksi sengit yang ditunjukkan kedua-dua pasukan, penyerang, Muhd Asyraf Abdul Wahaid, menjadi hero pelawat apabila begitu tenang menggelecek dua pertahanan Kelantan di dalam kawasan penalti, sebelum melepaskan sepakan kencang menewaskan penjaga gol TPW, Ahmad Syihan Hazmi Mohd, pada minit ke-37.
Kelantan cuba mencari gol penyamaan pada minit akhir permainan, malangnya rembatan kencang penyerang, Mohd Raihan Mohd Huzaizi, sedikit melewati palang bagi membolehkan PDRM membawa balik tiga mata dari Kota Bharu.
Kekalahan pertama dalam Kumpulan A menyaksikan Kelantan kekal di tangga kedua dengan 21 mata hasil daripada 12 perlawanan manakala PDRM masih kekal di tangga kedua tercorot dengan 10 mata, hasil dua kemenangan dan empat kali seri.