Pemain muda Liverpool, Harvey Elliott, mahu keluar daripada bayang-bayang dengan secepat mungkin sebagai 'super-sub' tetapi sedar dia perlu bersabar ketika dia cuba menembusi bahagian tengah yang mantap.
Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan di Crystal Palace selepas diturunkan dari bangku simpanan pada hujung minggu lalu, dan ini bukan kali pertama dia memberi impak menerusi aksi bertenaga.
Bagaimanapun, pembelian juara Piala Dunia, Alexis Mac Allister, kapten Hungary, Dominik Szoboszlai, dan Ryan Gravenberch selepas semusim di Bayern Munich bermakna kebanyakan kelibat Elliott dalam barisan utama semakin terhad.
Dia akan mendapat satu lagi peluang ketika berdepan Union Saint-Gilloise di Brussels awal pagi esok dan sedar minit permainannya kali ini boleh mengukuhkan tempatnya dalam barisan utama.
“Saya sebenarnya tidak mahu dikenali sebagai super-sub,” kata Elliott, yang kelihatan kerap menjadi pilihan utama pengurus, Jurgen Klopp, sebelum tulang pergelangan kakinya patah pada September 2021 hingga mengetepikannya selama empat bulan.
“Gol saya menjadi tajuk yang hebat tetapi pada masa yang sama saya mahu berada dalam pasukan utama.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengukuhkan kedudukan dalam skuad utama sambil berharap dapat menonjolkan aksi yang baik tetapi pada masa yang sama, saya juga perlu bersabar dan mungkin juga masih menjadi super-sub.”

— Liverpool FC (@LFC) December 13, 2023