EPL
Harry Redknapp buat tabik Nazi, anggap Tuchel perisik Jerman
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Harry Redknapp, dalam satu acara dia dilihat menghiburkan para penonton dengan mengatakan Thomas Tuchel sebagai seorang perisik Jerman.
Rakaman jurulatih berusia 78 tahun itu tular di media sosial ketika Redknapp diajukan soalan mengenai keputusan England melantik jurulatih dari Jerman itu.
Dengan nada gurauan dia berkata kepada penonton: "Saya akan jujur dengan anda, saya rasa dia merupakan seorang perisik Jerman.
Iklan
"Dia seperti Lord Haw Haw dalam perang yang berkata 'kami telah menangkap askar anda' dan semua perkara itu." katanya.Harry Redknapp raised his left arm in what appeared to be a Nazi salute after calling the England head coach Thomas Tuchel a German spy at a charity event— Times Sport (@TimesSport) March 27, 2025
Dia turut membayangkan arahan yang diberikan Tuchel -"Pergi dan hancurkan pasukan itu", sebelum mengangkat tangan kirinya dan kelihatan seperti tabik hormat yang dilakukan Nazi.
Untuk rekod, Tuchel merupakan jurulatih daripada Jerman pertama -selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello- dan individu ketiga dari luar England yang bertindak selaku pengurus skuad lelaki The Three Lions.
Must-Watch Video