Bintang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Machester United, Harry Maguire sah akan turut beraksi dalam perlawanan kelab itu menentang pasukan ASEAN All Stars yang dijadualkan bakal berlangsung pada 28 Mei ini.
Ia disahkan sendiri oleh pemain itu menerusi perkongsian video penganjur jualan tiket yang mempromosikan perlawanan itu iaitu ShekhinahPR.
Pemain pertahanan kelab tersebut yang kini berusia 32 tahun dalam video tersebut mengajak semua peminatnya untuk turut sama hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan sendiri perlawanan tersebut.
Ini merupakan kali pertama Maguire ke Malaysia sejak menyertai The Red Devils sejak 2019.
Maguire kini berada dalam prestasi terbaik apabila menjaringkan gol kemenangan dramatik dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa menentang Olympique Lyon di Old Trafford pada 18 April, yang menyaksikan United menang 5-4 ke atas kelab Perancis itu.
Tiket untuk perlawanan antara Manchester United dan ASEAN All Stars masih boleh didapati menerusi laman web myticketempire.com.