Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United

Shaiful Shamsudin
Disember 17, 2024 08:27 MYT
Harry Maguire mendedahkan bahawa dia sedang mengadakan perbincangan positif dengan Manchester United mengenai pelanjutan kontraknya di Old Trafford.
Pemain pertahanan itu, yang menyertai Man Utd dari Leicester City pada 2019, memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
Maguire hanya memulakan lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan bermain selama 90 minit dalam kemenangan 'derby' ke atas Manchester City semalam.
Pemain berusia 31 tahun itu optimis mengenai prospek melanjutkan perjanjiannya bersama kelab tersebut.
"Saya tidak terlalu memikirkannya," katanya.

For the fans - Manchester is red ❤️? pic.twitter.com/8MF2nfY2NM

— Harry Maguire (@HarryMaguire93) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“(Kontrak) saya masih berbaki setahun lagi di sini dan pilihan di tangan mereka.
"Tetapi ia menunjukkan isyarat positif pada masa ini dan rundingan kami juga amat positif."
#EPL
;