Harry Maguire perlu berehat beberapa minggu

Shaiful Shamsudin
Oktober 9, 2024 09:16 MYT
Harry Maguire mengesahkan dia perlu diketepikan selama beberapa minggu berikutan kecederaan ketika menentang Aston Villa, Sabtu lalu.
Pertahanan tengah itu memegang betisnya dalam separuh masa pertama ketika Manchester United seri 0-0 dan digantikan selepas rehat sebelum dia dilihat meninggalkan Villa Park dengan memakai pendakap kaki.
Dia telah membuat sembilan penampilan untuk United setakat musim ini dan muncul wira apabila masuk sebagai pemain gantian dengan menjaringkan gol penyamaan dalam Liga Europa ketika terikat 3-3 dengan Porto, pertengahan minggu lalu.

ℹ️ @HarryMaguire93 has shared an update on the injury he sustained at Aston Villa. You'll come back stronger, H ?#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) October 8, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya kecewa kerana mengalami kecederaan pada hujung minggu. Saya akan tersisih selama beberapa minggu tetapi saya akan kembali lebih mantap,” tulisnya di Instagram.
Dia menyertai Noussair Mazraoui, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo dalam senarai kecederaan United yang menghalang mereka daripada skuad antarabangsa masing-masing.
#EPL
;