Skip to main content

Bola Sepak

Harry Maguire kesal Jordan Henderson pula jadi mangsa ejekan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-maguire.jpg
Harry Maguire mengecam sekumpulan kecil penyokong yang mengejek Jordan Henderson ketika jadual perlawanan antarabangsa sambil menegaskan peminat England sejati tidak akan mengejek pemain.

Henderson dicemuh di Stadium Wembley dalam kemenangan persahabatan 1-0 ke atas Australia dan mengakui kecewa dengan reaksi negatif sedemikian. 

Pemain berusia 33 tahun itu mengambil keputusan mengejut sebagai kapten Liverpool dengan bertukar angin ke kancah Liga Pro Saudi apabila menyertai Al-Ettifaq yang dibawah pimpinan Steven Gerrard menerusi perjanjian kontroversi bernilai £12 juta (RM69.3j) pada musim panas lalu. 

Pemain tengah itu telah menjadi penyokong berprofil tinggi yang menyokong hak LGBTQ+ sepanjang berada di Anfield dan bulan lalu memohon maaf sekiranya ada pihak yang terluka disebabkan tindakannya berpindah ke Arab Saudi di mana homoseksualiti adalah haram.

Henderson disorak sebaik namanya dibacakan sebelum aksi bertemu Australia malah penyokong semakin lantang mencemuhnya ketika dia digantikan dalam separuh masa kedua dan ejekan kecil kedengaran ketika dia dimasukkan dalam kemenangan 3-1 kelayakan Euro 2024 ke atas Itali. 

Maguire, yang sendiri telah menjadi sasaran ejekan ketika mewakili negaranya, berkata mereka yang mengejek Henderson bukanlah peminat England.



"Peminat England yang sejati tidak akan mengejek pemain," katanya kepada Sky Sports.

“Jangan mencemuh pemain yang mendedikasikan hidup mereka untuk beraksi dan melakukan segala yang mereka terdaya untuk menjadikan negara ini mempunyai kenangan indah dan detik istimewa untuk dinikmati.

“Saya mengenali ramai peminat terkemuka England dan saya mengenali peminat England yang telah bersama saya sejak penampilan sulung saya. 

“Mereka sentiasa di belakang saya dan mereka juga di belakang Jordan.

"Anda mendengar banyak ejekan tetapi mereka sebenarnya bukanlah peminat England."

Advertisement

Must Watch Video