Harry Maguire kembali sebagai pemimpin -- Amorim
Shaiful Shamsudin
Januari 17, 2025 10:19 MYT
Januari 17, 2025 10:19 MYT
Ruben Amorim percaya bahawa Harry Maguire kembali sebagai pemimpin di Manchester United selepas beberapa tahun bergelut di Old Trafford.
Maguire melengkapkan perpindahannya ke The Red Devils pada 2019 dan diberikan lilitan kapten oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas hanya lima bulan berpindah dari Leicester City.
Pemain antarabangsa England itu telah dilucutkan jawatannya sejurus pelantikan Erik ten Hag pada Julai 2023, secara tidak langsung mencetuskan spekulasi bahawa dia akan meninggalkan kelab berkenaan walaupun sempat menolak lamaran West Ham.
Namun, sejak pelantikan Amorim pada November lalu, Maguire telah memulakan tujuh daripada lapan perlawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menampilkan peranan yang lebih penting ketika membentuk tiga pertahanan.
Dia mengeluarkan 11 percubaan berbahaya sambil rakan pertahanan, Lisandro Martinez (29), satu-satunya pemain yang menyempurnakan hantaran lebih tepat untuk The Red Devils berbanding Maguire (22).
“Saya rasa dia kembali menjadi seorang pemimpin,” kata pengurus itu.
Colossus. pic.twitter.com/rSCBURbVL0
— Manchester United (@ManUtd) January 12, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia berasakan kelibatnya kini lebih penting bersama pasukan. Dia percaya kepada dirinya sendiri dan dia telah melaksanakan tugas yang hebat.
"Kita perlu memuji Harry berbanding saya. Dia terjejas teruk sebelum perlawanan terakhir tahun lalu tetapi akhirnya menyerlah.
"Itulah yang saya mahukan daripada setiap pemain."