Skip to main content

Bola Sepak

Harry Kane tidak lagi minat kembali ke EPL?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skysports-harry-kane-bayern-munich_6295326.jpg
Penyerang sensasi England yang kini beraksi di Bundesliga, Harry Kane, mengakui semakin tidak minat untuk kembali beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Kane yang kini bersama Bayern Munich dilaporkan cukup selesa bersama kelab itu dan tidak pernah memikirkan untuk kembali beraksi di England.

Malah, Kane ketika ini sudah dijulang sebagai wira Bayern yang cukup disegani dengan penampilanya sentiasa dinantikan oleh peminat mereka.

Kane, 32, kini berada di pertengahan tempoh kontrak empat tahun yang ditandatangani ketika menyertai gergasi Jerman itu dari Tottenham Hotspur dengan nilai perpindahan sebanyak £86.4 juta (RM510 juta) pada musim panas 2023.

Sepanjang kariernya di Bavaria, kapten England itu telah meledakkan 103 gol dalam 106 penampilan, sekali gus membantu Bayern merangkul kejuaraan Bundesliga 2024-2025 trofi pertama dalam kariernya.

“Daripada segi kekal lebih lama, saya boleh katakan ia tidak mustahil. Saya belum berbincang dengan Bayern mengenai lanjutan kontrak, tetapi jika tiba masanya, saya terbuka untuk berbicara secara jujur.

“Semuanya bergantung kepada bagaimana setahun dua akan datang dan apa yang kami capai bersama. Buat masa ini, kami berada dalam fasa yang hebat dan saya hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Bayern," katanya.







 
Nike

Nike BIG Discount

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video