Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Muda tidak boleh dipandang rendah -- Jurulatih Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indo.jpg
Ketua jurulatih Indonesia, Gerald Vanenburg, tidak mahu memandang rendah skuad B-23 negara dengan menjelaskan skuad kendalian Nafuzi Zain mempunyai tersendiri meskipun memulakan kempen dengan langkah kiri sebelum ini apabila tewas kepada Filipina 2-0.

Garuda muda bakal melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan A berdepan Indonesia dalam kempen Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin ini.

"Pada pandangan saya, Malaysia B-23 bukan pasukan yang boleh dipandang rendah. Mereka memiliki pemain-pemain yang bagus dan menunjukkan kualiti tersendiri," 

"Soal lawan, memang mereka sangat bagus. Mereka pasukan yang berkualiti dengan pemain-pemain yang luar biasa.


 


"Tetapi bagi saya yang paling penting ialah bagaimana kami bermain. Saya tekankan kepada pemain-pemain bahawa kami lebih baik daripada pasukan lain.

"Jika mereka mempercayai kata-kata saya, saya yakin kami mampu meraih kemenangan dalam perlawanan ini." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Untuk rekod, skuad muda negara tewas 0-2 dalam aksi pembukaan kepada Filipina sebelum melakar kenduri gol menewaskan Brunei 7-1 semalam untuk berada di kedudukan ketiga dengan tiga mata.

Advertisement

Must Watch Video