Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya terajui Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 sampai Mac depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kumpulan-d.jpg
Skuad Harimau Malaya sedang mengungguli Kumpulan D selepas dua perlawanan pertama berikutan kemenangan 1-0 Kyrgyzstan ke atas Oman di Bishkek tengah malam tadi.

Jaringan tunggal Odiljon Abdurakhmanov pada minit ke-49 sudah menghukum pasukan di ranking ke-72 dunia itu, sekali gus kembali menghidupkan peluang mereka dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas ditundukkan Malaysia 4-3 di Bukit Jalil Khamis lalu. 

Harimau Malaya kini merupakan satu-satunya pasukan tanpa kalah Kumpulan D selepas dua perlawanan dengan mengumpul enam mata sambil diekori Oman menerusi perbezaan gol berbanding Kyrgyzstan.

Chinese Taipei pula yang mencetak dua kekalahan menghuni di tangga tercorot.

Barisan negara kendalian Kim Pan Gon itu bakal berhitung dengan Oman dalam perlawanan ketiga kelayakan di Muscat pada 21 Mac tahun depan.

Advertisement

Must Watch Video