Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya tempang harungi aksi Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpg.jpg
Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa 5 tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.

Hal ini kerana Kim Pan-gon itu terpaksa melupakan khidmat Faisal Halim, Arif Aiman, Syafiq Ahmad, Romel Morales, dan yang terbaru melibatkan Darren Lok.
 
Seperti sedia maklum, khidmat Faisal Halim terpaksa dilupakan buat masa ini akibat serangan simbahan asid, Arif Aiman mengalami kecederaan buku lali, kecederaan yang menghantui Romel Morales, dan kecederaan hamstring yang dialami oleh Darren Lok.

Manakala, Syafiq Ahmad turut kempunan untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan akibat kecederaan yang dialami. Turut mengalami nasib yang sama ialah pemain pertahanan Azam Azmi Murad yang terpaksa melupakan hasrat beraksi untuk dua perlawanan terakhir kumpulan.
 
Harimau Malaya akan turun menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun 2024 (11pm waktu Malaysia) dan akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 jam 9pm. Tiket bagi perlawanan tersebut akan mula dijual pada Sabtu 1 Jun 2024 di laman sesawang TicketHotline.

 

Advertisement

Must Watch Video