Dua bintang Harimau Malaya di luar negara, Rodrigo Holgado dan Richard Chin, mengalami nasib sama apabila tidak dapat membantu kelab masing-masing meraih kemenangan dalam saingan liga.
Di Colombia, penyerang skuad kebangsaan, Rodrigo, kembali membarisi kesebelasan utama America de Cali berdepan Fortaleza di Estadio Metropolitano de Techo awal pagi tadi.
Malangnya, pasukannya dikenakan sepakan penalti yang kemudian disudahkan Sebastian Valencia untuk meletakkan Fortaleza di depan pada minit ke-42 dan Rodrigo selepas itu di keluarkan pada minit ke-71, sekali gus akur dengan kekalahan 0-1 itu.
Di Scotland pula, pertahanan sayap meningkat naik negara, Richard, dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-71 ketika Raith Rovers menentang St Johnstone di Kirkcaldy malam tadi.
Bagaimanapun, tidak banyak dapat dilakukan pemain berusia 22 tahun itu ketika pasukannya tewas 0-2.