Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya punya peluang realistik, lepasi peringkat kumpulan kempen Piala Asia 2023, kata Rizal Hashim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture_1.png
"Harimau Malaya punya peluang realistik untuk melepasi peringkat kumpulan kempen Piala Asia 2023 Qatar Januari depan," itu pendirian pemerhati sukan negara yang juga merupakan bekas anggota juri anugerah berprestij dunia, Ballon D'ior, Rizal Hashim.

Faktor utama laungan keyakinan itu dizahirkan Rizal, bintang yang baru sahaja menerima pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Arif Aiman Hanapi dalam kelompok bintang tumpuan Piala Asia yang kini berada di kemuncak prestasi.
 
Menjelang tarikh keramat 26 Disember, yang merupakan hari pertama kem latihan pusat skuad negara, skuad kendalian Kim Pan Gon hanya menunggu masa untuk bermandi peluh demi lencana di dada.

Ternyata ini merupakan fasa paling kritikal untuk kekal konsisten memandangkan hanya tinggal 20 hari menjelang pembukaan Piala Asia Qatar -- atas faktor itu, skuad negara memiliki faktor x terbaik dalam skuad utama, dalam bentuk kelincahan Arif Aiman

Dalam Nadi Weekend, Rizal berkata, " pusingan akhir Piala Asia 2023 yang diadakan pada 2024 ini adalah pentas yang terbaik untuk Arif Aiman pamerkan potensi sebenar kerana itu satu Asia akan beri fokus kepada kejohanan ini,"

"Kita mengharapkan sentuhannya di bahagian penjuru, di bahagian sayap itu dapat meluahkan bisa untuk membantu pasukan kebangsaan dan juga kita jangan lupa pemain-pemain lain juga ini adalah harapan atau pelantar terbaik untuk mereka mempertontonkan bakat yang ada pada diri mereka,"

"Bagi saya inilah peluang terbaik untuk mereka meningkatkan nilai komersial mereka,"

Skuad negara diundi dalam kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan - biarpun rekod pertemuan tidak memihak kem negara, Rizal berpendapat, Harimau Malaya berpeluang berada di kelompok 2 pasukan terbaik dan meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati.

Tambah Rizal lagi, " mereka tidak mahu lagi melengkapkan pasukan tetapi disebabkan format yang mengizinkan 24 pasukan dalam Piala Asia ini, inilah peluang terbaik sebenarnya untuk keluar dari peringkat kumpulan dan mara sejauh mungkin,"

"Ranking yang melonjak yang paling tinggi saya rasa itupun memberi tekanan kepada pasukan kebangsaan bagaiman nanti sebenarnya Kim Pan Gon nak uruskan tekanan ini, mengekalkan pemain berada di landasan yang betul, kekal bermotivasi dan tidak hilang fokus untuk membantu pasukan di Doha Januari nanti."

Advertisement

Must Watch Video