Skuad kebangsaan Vietnam dalam misi menjarakkan diri sekali gus menjadi cabaran besar buat Malaysia.
Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan cemerlang apabila menundukkan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0.
Anak buah Peter Cklamovski bakal diuji berdepan pasukan ke-109 dunia, Vietnam bagi aksi kedua kumpulan, 10 Jun depan.
Skuad Naga Emas kini berada pada prestasi memberangsangkan apabila muncul juara Piala AMEC 2024 selepas menundukkan Thailand di pentas final.
Prestasi hebat pasukan bimbingan Kim Sang Sik ini berterusan selepas jaguh Asia Tenggara itu melebarkan rekod 11 perlawanan tanpa kalah sehingga Mac 2025.
Kemenangan besar 5-0 ke atas Laos bulan lalu menjadi amaran awal kepada skuad kebangsaan dalam misi untuk melangkah ke pentas Piala Asia 2027.
Vietnam kini merupakan pasukan kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (99) disusuli oleh Indonesia (123) dan Malaysia (131) dalam kemas kini ranking FIFA terbaru.
Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan menyaksikan Harimau Malaya tunduk dengan keputusan 2-0 kepada Vietnam pada aksi Piala ASEAN 2022.
Kredit: MakanBola