Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, melontarkan pandangan bahawa Harimau Malaya perlu mengikut persekitaran zaman agar terus relevan untuk bersaing di rantau Asia mahupun dunia.
Dia menjelaskan perkara itu ketika bagi menjawab kritikan daripada legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, sebelum ini yang memberikan kritikan bahawa revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.
"Kalau kita tak ikut perubahan-perubahan ini, saya fikir 10 tahun atau 20 tahun makin lama kita bukan makin maju tetapi makin mundur.
"Sebab inilah ada revolusi bola sepak dan kita kalau nak kekal bersaing, kita perlu buat perubahan dan mengikut perubahan,"
"Kisah kejayaan bola sepak sebelum ini memang sesuatu yang semua orang suka dan dapat membakar semangat pemain baharu.
"Namun, dalam masa sama untuk kita bergerak dalam bola sepak moden ini, kita perlu ikut perubahan-perubahan yang selari dengan permintaan bola sepak semasa." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.