Lima pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam liga di luar negara sudah menyertai kem latihan pusat skuad negara semalam.
Pemain yang berpangkalan di Eropah, iaitu Facundo Garces (Sepanyol) dan Richard Chin (Scotland), dilihat sudah menyertai sasi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di samping Dion Cools (Jepun).
Selain itu, Endrick dos Santos (Vietnam) dan Sergio Aguero (Thailand) juga sudah memulakan latihan bersama skuad kebangsaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Singapura di venue itu Khamis ini.
Dua lagi pemain 'Malaysian Abroad', iaitu Gabriel Palmero (Sepanyol) dan Rodrigo Holgado (Colombia) dijangka akan menyertai sesi latihan rasmi hari ini.
Selepas menghadapi Singapura, Harimau Malaya akan bertemu Palestin dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, empat hari berselang.