Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: Jadual Liga Malaysia elak bertindih dengan Piala Negara-Negara CAFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman.jpg
Malaysia Football League (MFL) mengambil pendekatan menyokong penuh visi dan misi skuad Harimau Malaya apabila tidak menetapkan sebarang perlawanan ketika berlangsungnya Piala Negara-Negara CAFA 2025 di Asia Tengah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazlee Shaik, berkata langkah itu diambil selepas pihaknya menerima permintaan daripada skuad negara yang memerlukan ruang untuk persiapan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Ini bermakna, skuad terbaik negara dijangka menyertai kejohanan berkenaan yang akan berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September depan di dua venue berbeza iaitu Tashkent dan Dushanbe.

Tempoh berkenaan adalah di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tatkala Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026 bermula 8 Ogos ini.

"MFL melihat ia salah satu kejohanan yang sangat penting untuk persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi kelayakan Piala Asia pada Oktober depan," katanya. 

Pengendali kebangsaan, Peter Cklamovski, dalam temu bual bersama nadi arena sebelum ini mengakui pihaknya dan MFL saling berkerjasama rapat berhubung penjadualan Liga-M.


 

Dan walaupun skuad negara dijangka dibarisi oleh pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor dan Kuala Lumpur (KL) City, penjadualan liga tetap perlu diselaraskan bagi memastikan kesimbangan perlawanan.

"MFL sentiasa berkomunikasi dengan kelab dan memastikan kelab memahami perjalanan jadual. 

"Kami akan jelaskannya secara pro dan kontra dalam taklimat khas bersama CEO kelab," katanya lagi. 


 

Advertisement

Must Watch Video