Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya diperlekeh, Romel Morales tampil bidas kenyataan wartawan Colombia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

morales.jpg
Penyerang Malaysia, Romel Morales, membidas kenyataan seorang wartawan Colombia berhubung persepsi negatif terhadap skuad kebangsaan.

Wartawan Colombia, Bambino Quintero, memperlekeh kualiti skuad Harimau Malaya. 

Ia susulan penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado bakal menyertai kem pada bulan hadapan.

Menerusi laporan MakanBola, Quintero bukan sahaja melabel Harimau Malaya sebagai skuad yang teruk serta menganggap pasukan itu tidak wujud dan Holgado tidak sepatutnya pergi ke sana.

Susulan itu, Morales membidas kenyataan berkenaan dengan menyatakan bola sepak kedua-dua negara tidak boleh dibandingkan terutama skuad kebangsaan.

“Bola sepak Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan bola sepak Colombia, ini termasuk skuad kebangsaan,” katanya kepada Super Combo del Deporte.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menyifatkan kehadiran Holgado mampu memberi nilai tambah kepada Harimau Malaya.

“Kehadiran Holgado memberi kesan positif kepada kita kerana itu akan membantu kita menjadi lebih bagus dalam arena bola sepak (antarabangsa),” tambahnya.

Holgado bakal menjadi pemain Malaysia terbaru yang berpangkalan di luar negara menyertai Harimau Malaya. Beliau akan mengikut jejak dua pemain sebelumnya, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.

 

Advertisement

Must Watch Video