Skuad negara dijangka akan mengumumkan kehadiran pemain sayap warisan baru, Imanol Machuca, menjelang perlawanan persahabatan tier 1 menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Imanol, 25, merupakan pemain sayap kelahiran Roldan, Argentina dan kini mewakili kelab divisyen utama negara itu, Velez Sarsfield, secara pinjaman daripada kelab Brazil, Fortaleza.
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang transfermarkt.com, pemain sayap itu kini memiliki nilai pasaran €2.5juta (RM12.10 juta), bahkan pernah mencecah nilai pasaran €3 juta (RM14.52 juta) tahun lalu.
Dia dijangka akan menjadi pemain warisan baru Harimau Malaya menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di SNBJ pada 10 Jun ini.
Ia selepas laman media yang didekasikan khas buat Velez Sarsfield, Sabado Velez, melaporkan pemain itu akan mewakili Malaysia dalam masa terdekat.
"Imanol Machuca telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia.
"Penyerang Velez itu telah dipilih untuk aksi kelayakan Piala Asia. Dia akan menentang Vietnam bagi aksi kedua Kumpulan F pada 10 Jun ini.
"Tahniah Ima," kata laman berkenaan.
Selain itu, tular sekeping gambar Imanol mengenakan seragam Harimau Malaya menerusi sekeping gambar kiriman wartawan Argentina, Maxi Ertola.

#Velez
— Maxi Értola (el masi) (@maxiertola) June 2, 2025
Imanol #Machuca fue convocado a la Seleccion de Malasia.
Disputará la Copa Asiática de Naciones a partir del 10/6
Viajó el viernes, llegó el domingo (por diferencia horaria). Y hoy se entrenó por primera vez.
Facundo Garcés, ex Colón, también citado. pic.twitter.com/VEFIDX3SfY