BOLA SEPAK
Harimau Malaya diberi penghargaan rasmi rumput baru SNBJ
Harimau Malaya bakal tampil sebagai yang pertama untuk mencuba padang baru di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi Pestabola Merdeka Edisi Ke-42 yang akan membuka tirai esok selepas ia dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini.
Dalam satu sidang media yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengakui berpuas hati dengan projek menaiktaraf padang stadium dengan rumput jenis zeon zoysia yang juga bakal dibuka untuk kegunaan orang ramai dalam inisiatif merakyatkan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Ia turut merangkumi penyelenggaraan selama setahun oleh kontraktor selain memberi tunjuk ajar kepada PSM untuk menjaganya memandangkan stadium ini berkongsi menganjurkan perlawanan bola sepak dan konsert.
"Ada kaedah yang betul untuk memastikan peralihan di antara konsert dan perlawanan bola sepak, ada had jamnya, kalau tidak rumput akan terjejas," katanya dalam lawatan ke SSBJ.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Faidz Sanusi, ingin memastikan tiada lagi penjadualan perlawanan bola sepak yang bertindih dengan sebarang acara komersial seperti konsert.
"Keutamaan PSM selalunya persatuan sukan, komuniti dan komersial.
"Walaupun komersial membawa dana kepada PSM, kami tidak seharusnya terlalu bergantung kepada kerajaan," katanya.