Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya catat peningkatan ranking terbaik dalam Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

402854258_1045331993206703_161154797878090361_n.jpeg
Skuad Harimau Malaya nampaknya tidak mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan menentang Kyrgyzstan, malam tadi. 

Umum mengetahui susulan kemenangan Malaysia tersebut, skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mencatatkan pungutan sebanyak 15.49 mata dalam ranking FIFA. Apa yang lebih manis, keputusan tersebut memperbaiki ranking Malaysia sebanyak +7 anak tanga menyaksikan kedudukan berubah daripada 137 ke 130, sekaligus mencatatkan Malaysia sebagai pasukan yang memperoleh peningkatan terbesar dalam kalangan pasukan Asia. 

Untuk rekod, Harimau Malaya yang mempunyai 1112.21 mata (130) kini berada di tangga ke-3 dalam pasukan ASEAN, yang kini mengejar Thailand yang mempunyai 1167.47 mata (115) manakala Vietnam kekal menjadi pasukan terunggul ASEAN dengan 1245.46 mata (93).

Advertisement

Must Watch Video