BOLA SEPAK MSIA

Harimau Malaya: Belum boleh bangga -- Legenda bola sepak negara

Stadium Astro
Saufi Tahir
28/03/2025
00:46 MYT
Sponsor Banner
Harimau Malaya: Belum boleh bangga -- Legenda bola sepak negara
Legenda bola sepak negara, Reduan Abdullah, berkongsikan masih banyak aspek yang perlu diperbaiki skuad Harimau Malaya meskipun melakar kemenangan 2-0 ketika berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, baru-baru ini.
Dia turut berasakan skuad kendalian Peter Cklamovski masih belum boleh berpuas hati sepenuhnya terutamanya jentera serangan yang kurang tajam, namun turut berpandangan kemenangan itu merupakan langkah kanan dan permulaan positif kem bola sepak negara itu.
Skuad kebangsaaan akan meneruskan saingan Kumpulan F, pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Vietnam pada 10 Jun ini.
"Banyak yang kita kena lihat seperti serangan tidak begitu tajam. Saya tengok bahagian tengah tidak lancar dan banyak bola yang dihantar tidak dapat di bahagian serangan.
"Pemain yang diletakkan saya rasa kena lihat semula supaya kita akan lebih mantap terutama ketika menentang Vietnam.
"Mereka pasukan yang baik dan berjaya di peringkat Asia, kita harap dapat beri saingan yang baik dengan Vietnam nanti.
"Kita belum boleh cepat puas hati sebab mengharapkan menang banyak gol, tetapi kita menang dua sahaja.
"Ia sesuatu yang positif, kita mula dengan langkah yang baik. Apa pun segala kelemahan perlu diatasi.
"Belum boleh bangga, perlu corak permainan yang lebih cantik lagi." katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video