BOLA SEPAK
Harga RM2888, Safee Sali jual jersi JDT sewaktu juara Piala AFC 2015
Legenda bola sepak kebangsaan, Safee Sali, membuat keputusan untuk menjual barangan berharga sewaktu mewakili kelab terbaik Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), sebelum ini.
Ia adalah sesuatu berupa kenangan buat dirinya apatah lagi menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak negara.
Menerusi Facebook rasminya, bekas pemain Selangor itu melelong jersi skuad Harimau Selatan yang menjuarai Piala AFC (Liga Juara-Juara Asia) menewaskan wakil Tajikistan, Istiklol, pada tahun 2015.
Iklan
Harga bidaan tertinggi ialah RM2888.00 dan sudah terjual kepada pembeli yang bertuah.
Selain itu, dia yang berusia 41 tahun itu juga menjual salah satu jersi yang mewarnai kariernya iaitu Pelita Jaya ketika berkelana di Indonesia dahulu.
"Setiap jersi yang saya simpan membawa bersamanya kenangan yang indah yang tak terlupakan.
"Saatnya untuk melepaskan yang lama dan memberi ruang untuk pengalaman baru.
"Terima kasih, wahai kenangan terindah dan atas segala yang telah kau ajarkan," katanya.
Must-Watch Video