BOLA SEPAK
Harga lembu hingga RM20,000 seekor, bekas pemain JDT selesa ceburi bidang penternakan
Perniagaan merupakan pelan persaraan paling popular dan menguntungkan buat semua orang selepas mengerah keringat bekerja sewaktu usia muda mahupun ketika permulaan karier kerjaya.
Dalam konteks bola sepak, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazri Ahmad, menceburi bidang penternakan sebagai perniagaan demi meneruskan kelangsungan hidup mahupun minat yang tinggi dalam industri tersebut.
Dan, sehingga kini, pengusahaan yang dilakukan bekas tonggak Kuala Lumpur itu juga memberikan pulangan berbaloi, sambil meletakkan kualiti terbaik perkara utama untuk menjual kepada pelanggan.
Iklan
Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Nazri Ahmad memiliki kandang lembu yang sangat besar dan menawarkan spesis yang berbeza, termasuk menjaga kesihatan haiwan ternakannya.
"Selepas bersara, saya terus menceburi bidang penternakan.
"Lembu ini dikurung dan diberi makan untuk memastikan kualiti daging naik dengan cepat.

"Lembu inilah biasanya dijual sewaktu Hari Raya Aidiladha dan diluar perayaan Hari Raya Qorban kepada penternak kecil.
Nazri Ahmad turut terpanggil untuk memperbetulkan sentimen perniagaan lembu supaya pembeli atau pelanggan tidak tertipu dengan lembu yang dijual.
Katanya lagi, dia pernah merasai pengalaman menghadapi situasi bersama pembekal tidak bertanggungjawab.
Lantas, syarikat miliknya tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan mahu menjadi perniagaan yang sangat jujur dan prihatin.
"Sebenarnya, saya sudah memasuki industri ini sejak bermain bola.
"Dalam perniagaan ini, saya juga memerlukan pasukan yang besar, pemain yang baik seperti bermain bola, barulah boleh skor bermaksud ke mana arah tujunya selepas proses penjualan.
"Mahu menjadi pemain industri utama terhadap pembekalan lembu hidup atau daging segar di Malaysia.
"Mudah-mudahan apa yang dirancang dipermudahkan dan menjadi lebih cepat daripada yang disangka.

Must-Watch Video