Skip to main content

Bola Sepak

Harga Joao Cancelo boleh buat Bayern Munich tawar hati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cancelo.jpg
Harga yang diminta Manchester City atas khidmat Joao Cancelo boleh menghalang pinjamannya kepada Bayern Munich bertukar kepada perjanjian tetap, menurut gergasi Jerman itu.

Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, memberitahu akhbar Bild am Sonntag bahawa adalah sukar untuk membayangkan pendahulu Bundesliga itu untuk memenuhi tuntutan City ke atas bek sayap tersebut.

Cancelo membuat perpindahan mengejutkan ke Bayern sebelum jendela perpindahan ditutup Selasa lalu dengan perjanjian jangka pendek termasuk pilihan untuk membeli pertahanan Portugal itu pada akhir kempen ini.

Perjanjian itu dilaporkan mencecah €70 juta (RM321.4j) dan akan meletakkan pemain yang berusia 29 tahun berkenaan antara pemain paling mahal dalam sejarah Bayern.

Salihamidzic berkata: "Kami bersikap terbuka. Perkara paling penting buat Joao ialah berasa selesa di Munich dan boleh beraksi bagi baki musim ini. Tetapi kami juga menjelaskan kepadanya bahawa nilai harganya sukar untuk kami bayangkan dalam beberapa tahun akan datang."
 

Salihamidzic yang merupakan bekas pertahanan Bayern membayangkan kesepakatan di antara-antara masih boleh dicapai walaupun nilainya di luar kemampuan mereka pada masa ini.

Dia berkata lagi: "Jika semua pihak benar-benar mahukan penyelesaian bersama, anda masih dapat merealisasikannya. Dia tahu bahawa dia merupakan salah seorang pemain impian kami sejak bertahun-tahun lama."

Advertisement

Must Watch Video