Skip to main content

Bola Sepak

Harap-harap Arsenal menang trofi 2025 -- Declan Rice

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Declan Rice berharap tahun baru 2025 akan mendatangkan trofi buat Arsenal selepas pasukan itu menamatkan tahun 2024 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Ipswich Town dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Kai Havertz menjaringkan gol tunggal perlawanan itu untuk pasukan bimbingan Mikel Arteta berkenaan kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool, yang turut berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Arsenal merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas di laman sendiri sepanjang musim ini dan mereka berhasrat untuk memperbaiki kedudukan selepas bergelar naib juara EPL di belakang Manchester City sepanjang dua musim lalu.

Rice berpuas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan Arsenal sepanjang 2024 dan pemain tengah itu berharap mereka akan dapat menamatkan kemarau kejuaraan tahun depan.

"Ia tahun yang baik. Kami melakukannya dengan baik tetapi itu bukanlah apa yang kami mahukan," katanya kepada Amazon Prime.

"Harap-harap tahun ini akan mendatangkan trofi dan untuk melakukannya, langkah seterusnya adalah untuk berada dalam kalangan elit.

"Kami boleh terus memenangi perlawanan tetapi ia tidak bermakna seandainya anda tidak memenangi apa-apa."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video