Skip to main content

Bola Sepak

Harapan ke Piala Dunia 2026 terus membara, ranking Indonesia naik mendadak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indoensia.jpg
Indonesia sah mara ke pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila meraih kemenangan tipis 1-0 berdepan China di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. 

Skuad kendalian Patrick Kluivert itu menduduki tempat keempat Kumpulan C dengan mengumpul sembilan mata, sekali gus terus bermimpi untuk ke kejohanan paling berprestij itu tahun hadapan. 

Sejarah juga tercipta buat Sang Garuda apabila menjadi satu-satunya pasukan Asia Tenggara yang mencatatkan tiga kemenangan dan akan menjadi pasukan pertama rantau itu untuk mara sejauh mungkin dalam kempen kali ini.

Menjelang tugas getir pusingan keempat, enam pasukan tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan daripada pusingan ketiga dibahagikan kepada dua kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu untuk bermain satu perlawanan tunggal dalam kumpulan masing-masing. Juara kumpulan akan layak ke Piala Dunia.

 

Selain itu, Indonesia juga menerima pungutan mata terbanyak apabila menewaskan gergasi bola sepak Asia itu dengan menggandakan kelebihan berdasarkan kiraan ranking Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Negara jiran itu dijangka akan menaiki enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-117 dunia. 

 

Selepas ini, mereka akan akan bertemu Jepun bagi aksi seterusnya Kumpulan C dan mensasarkan satu mata berhasil dibawa pulang. 

Advertisement

Must Watch Video